Petua Mudah Elak Serangga Perosak, DIY Racun Organik Guna 3 Bahan Dapur. Pokok Pun Tumbuh Subur!

Hobi berkebun menjadi satu aktiviti menyeronokkan dan terapi apabila dapat melihat tumbuhan ditanam hidup subur.

Namun ada kalanya pokok tanaman ini akan diserang serangga hingga menyebabkan jadi rosak.

Untuk mengatasi masalah ini, apa kata anda cuba buat sendiri racun serangga organik daripada bahan dapur yang mudah didapati.

Racun serangga ini juga boleh dibuat stok banyak dengan menyimpannya dalam peti sejuk. Apabila mahu digunakan boleh terus sembur sahaja pada pokok tanaman.

DIY RACUN SERANGGA ORGANIK

Bahan diperlukan:
500 ml air
10 biji cili padi
Selabu bawang putih

Gunakan bahan dapur.

Cara membuat:
Kisar halus dengan kulit-kulit sekali. kemudian tapis dan simpan airnya dalam peti sejuk.

Dikisar halus.

Cara gunakannya:
1. Ambik 100 ml pati yang sudah dikisar dicampurkankan dengan 1.5 liter air.
2. Campurkan 1 sudu minyak masak, 1 sudu teh sabun basuh pinggan dan goncang sebati.
3. Kemudian boleh sembur pada pokok tanaman. Bagi pokok yang bermasalah dengan serangan serangga, sembur 3 hari sekali. Jika tidak seminggu sekali sudah memadai.

Boleh dibuat stok simpanan.

P/S: Hampas bahan kisar tadi jangan dibuang, boleh guna dengan tabur di pangkal pokok sebagai baja.
#kalergarden

Artikel berkait:

DIY Baja Sari Serbuk MSG Supaya Pokok Berbunga Buah Lebat & Besar

Tip Suburkan Pokok Limau Purut Tanam Dalam Pasu

The post Petua Mudah Elak Serangga Perosak, DIY Racun Organik Guna 3 Bahan Dapur. Pokok Pun Tumbuh Subur! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments