Pelukis Malaysia Ini Lukis Poster Liverpool Juara Eropah Hingga Pikat Hati Pembantu Pengurus LFC Nak Beli

Seperti semua tahu, musim 2018/19 Liverpool FC telah dinobatkan sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Tottenham Hotspurs di pentas akhir.

Seorang peminat Liverpool di Malaysia yang dikenali sebagai Ganesh ImaginArt telah melukis sebuah poster para pemain dan pengurus Liverpool bersama lukisan trofi Liga Juara-Juara Eropah dan projek lukisan ini dinamakan THE SIX.

Tambah menarik lagi, turut disertakan dalam lukisan tersebut adalah Liverbird yang menjadi mercu tanda bandar Liverpool di United Kingdom dan logo kelab bolasepak Liverpool. Anda boleh menyaksikan video secara ringkas bagaimana poster tersebut dihasilkan dan hasil kerta tangan ganesh sungguh menakjubkan.

Ketika dihubungi Siakap Keli sebentar tadi, beliau telah berhubung dengan pembantu pengurus Liverpool FC iaitu Pep Ljinders yang dikatakan berminat untuk membeli lukisan tersebut namun tiada kata putus tentang harga lukisan itu akan dijual.

Beliau dihubungi oleh James Carroll iaitu Ketua Bilik Berita Liverpool FC yang bertanyakan sama ada lukisan itu sedia untuk dijual atau tidak dan menyatakan Pep Ljinders ingin membeli lukisan tersebut.

Ganesh memiliki saluran Youtube yang bernama Ganesh ImaginArt menghasilkan banyak lukisan tangan yang sangat cantik dan menarik. Ganesh memohon sokongan dari anda untuk beliau terus berkarya.

Berikut adalah gambar poster yang telah siap sepenuhnya bersama si pelukis Ganesh. Boleh ikuti Ganesh di Instagram dan juga Facebook

Sumber: Ganesh ImaginArt

The post Pelukis Malaysia Ini Lukis Poster Liverpool Juara Eropah Hingga Pikat Hati Pembantu Pengurus LFC Nak Beli appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments