Paru-Paru Penuh Kesan Hitam, Dipercayai Milik Perokok Tegar Selama 30 Tahun

CHINA: Seorang perokok tegar yang menghisap rokok setiap hari selama 30 tahun telah meminta untuk organnya didermakan kepada orang yang memerlukan setelah dia meninggal dunia.

Doktor pada awalnya berharap dapat menggunakan paru-paru itu untuk proses pemindahan organ, namun paru-paru itu sama sekali tidak boleh digunakan.

Berkongsi rakaman operasi yang dilakukan ke atas perokok setelah dia meninggal pada usia 52 tahun akibat penyakit paru-paru.

Video daripada Youtube, NYOOOZ TV:

Pada asalnya warna paru-paru yang sihat adalah warna merah jambu akan tetapi paru-paru yang diperoleh daripada lelaki adalah sebaliknya.

Warna paru-paru itu menjadi hitam seperti arang dan berasa sangat meradang.

Di seluruh paru-paru itu, terlihat bintik-bintik hitam tertanam dalam organ tersebut.

Pesakit itu telah mendaftar untuk menjadi penderma organ namun akibat daripada ketagihan merokoknya, organnya tidak dapat digunakan.

Dr Chen memuat naik rakaman daripada Wuxi People Hospital di Jiangsu, China dengan hashtag ‘jieyan’, yang bermaksud berhenti merokok.

“pasukan kami memutuskan untuk menolak paru-paru ini untuk digunakan terhadap permindahan organ”

“Sekiranya anda seorang perokok tegar, paru-paru anda mungkin tidak diterima walaupun anda memilih untuk menderma mereka setelah mati.

“Lihat paru-paru ini – adakah anda masih berani merokok?”

Dr Chen menambah bahawa pesakit tidak menjalani pemeriksaan CT sebelum kematiannya.

“Dia dinyatakan ‘mati otak’, dan paru-parunya didermakan tidak lama setelah itu,” tambahnya.

“Ujian indeks oksigenasi awal tidak apa-apa, tetapi ketika kami mengambil organ, kami menyedari bahawa kami tidak akan dapat menggunakannya,” lanjut Dr Chen.

Sumber: Dailystar

The post Paru-Paru Penuh Kesan Hitam, Dipercayai Milik Perokok Tegar Selama 30 Tahun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments