Pakar Virologi Dari China Dakwa COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan, Bakal Dedah Bukti Saintifik

Seorang pakar virus dari China, Dr Li Meng Yan mendakwa mempunyai bukti saintifik bahawa virus COVID-19 adalah buatan manusia dan berasal daripada sebuah makmal di Wuhan.

Menurut New York Post, pakar virus yang bersembunyi demi keselamatannya itu muncul semula dalam satu program terbitan Britain, “Loose Women”.

Ketika ditanya mengenai virus yang telah membunuh hampir 1 juta penduduk dunia, Meng Yan melalui panggilan video daripada sebuah lokasi rahsia membalas,

“Ia datang daripada makmal di Wuhan yang dikawal kerajaan.”

Dakwanya, laporan virus itu berasal daripada pasar awam di Wuhan, China hanyalah sebagai satu penyelindungan.

“Perkata pertama ialah, pasar daging di Wuhan.. Ia hanya untuk mengaburi mata dan virus itu bukan semula jadi,” dakwanya.

Beliau dilaporkan mendakwa menjadi antara saintis terawal mengkaji tentang virus COVID-19 sebelum ini.

Pernah berkhidmat di Hong Kong School of Public Health yang menjadi salah satu rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita itu mendakwa bekas penyelianya di sana telah mengarahkan beliau agar berdiam diri ketika beliau memberi amaran mengenai jangkitan dari manusia ke manusia pada Disember tahun lepas.

Meng Yan dilaporkan melarikan diri ke Amerika melalui Hong Kong pada April lalu.

Lapor New York Post, wanita itu mendakwa bakal mendedahkan bukti saintifik bahawa virus itu dicipta di dalam makmal di Wuhan.

“Saya tahu jika saya tidak mendedahkan kebenaran kepada dunia, saya akan menyesal,” katanya.

Sebelum ini, pengarah Institut Virologi Wuhan, Yuan Zhiming menafikan virus tersebut berasal daripada fasiliti miliknya.

“Tidak mungkin virus ini datang dari kami,” katanya kepada media pada April.

Sumber: New York Post

The post Pakar Virologi Dari China Dakwa COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan, Bakal Dedah Bukti Saintifik appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments