OHMYMYDIN! The Brand Festival Sumbang RM163 Ribu Kepada 15 Badan Kebajikan Sempena Sambutan Awal Muharram

Subang Jaya, Selangor, 20 Ogos 2020: Kempen OHMYDIN! The Brand Festival yang berlangsung bermula 20 Ogos sehingga 1 November 2020 mendapat sambutan meriah dan menghangatkan ketika program siaran langsung OHMYDIN! di saluran TV3, pada 2 petang , 20 Ogos 2020. MYDIN dan rakan penaja platinum MAMEE, NESTLE dan P & G  turut berbesar hati menyerahkan sumbangan barangan berbentuk hamper dan wang tunai bernilai RM 163 ribu kepada 15 badan kebajikan yang berdaftar di seluruh negara melalui program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin. MYDIN yang menyambut ulang tahunnya yang ke 63 yang bersamaan dengan kemerdekaan negara pada bulan ini menawarkan promosi dan penjimatan besar-besaran di samping memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Bertepatan dengan sasaran utama kempen OHMYDIN! The Brand Festival yang bertujuan memberi kembali kepada masyarakat dan membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.Program televisyen OHMYDIN! yang bersiaran di TV3 pada hari sambutan Awal Muharram menyasarkan kutipan tabung sumbangan yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin. Pemenang gameshow OHMYDIN! kumpulan Biru dianggotai oleh Black, Chef Naem dan Achey yang mendapat wang tunai RM 10 ribu menyumbangkan wang yang dimenangi tersebut kepada Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, manakala naib juara kumpulan Kuning yang dianggotai Diana Danielle, Dayana Roza dan Chef Nik Michael yang meraih RM 5 ribu  kepada Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah.

Pelanggan bertuah yang membeli e-baucar MYDIN melalui Shopee, Rashidah Abdul Rashid berjaya memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua MYVI yang bernilai RM 50 ribu. 15 pelanggan bertuah turut memenangi baucar tunai MYDIN bernilai RM 500 setiap bulan untuk selama 6 bulan bagi berbelanja di seluruh cawangan MYDIN. Promosi barangan Shocking Sale yang menawarkan 63 barangan yang bernilai serendah 63 sen juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Antara barangan yang menawarkan harga serendah 63 sen ketika siaran OHMYDIN! berlangsung ialah produk jenama Mamee, Nestle dan P&G. Selain itu bersempena kempen Beli barangan Malaysia, produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang juga turut menawarkan harga serendah 63 sen juga mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

Rashidah Abdul Rashid yang merupakan pelanggan setia MYDIN berkata “Saya berasa amat gembira kerana berjaya memenangi hadiah utama iaitu kereta Perodua Myvi. MYDIN sentiasa menawarkan harga yang cukup berpatutan dan nama MYDIN cukup dekat di hati rakyat Malaysia”.

Bagi pelanggan yang lain, jangan berputus asa kerana mereka masih berpeluang menyertai peraduan MYDEBIT bagi merebut ganjaran bernilai RM 640 ribu termasuk tiga buah kereta Proton X70 Executive 2WD. Peraduan yang berakhir pada 31 Disember ini turut menawarkan baucar tunai MYDIN yang cukup lumayan. Pelanggan juga berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran istimewa sepanjang tempoh kempen OHMYDIN! The Brand Festival yang menjanjikan penjimatan berganda melalui platform MYDIN Online, MYDIN EXPRESS dan MYDIN @ Shopee. Di samping itu MYDIN@ Shopee turut memberi promosi melalui MYDIN Super Brand Day  pada 28 hingga 30 September 2020 dalam sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin berkata, “Kempen OHMYDIN! The Brand Festival menerima sambutan yang cukup memberangsangkan dan melepasi sasaran penjualan yang dijangkakan.Pelanggan masih boleh mendapatkan penjimatan sepanjang kempen ini berlangsung dengan membeli-belah di seluruh cawangan MYDIN atau secara dalam talian sehingga 1 November ini. MYDIN yang merupakan syarikat milik tempatan amat berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan dan penjimatan kepada seluruh rakyat Malaysia dan menghargai sokongan yang diberikan terhadap MYDIN sepanjang tempoh 63 tahun bertapak dalam industri pemborong dan peruncit ini. Kami mengharapkan sokongan yang berterusan agar MYDIN dapat berkhidmat untuk rakyat Malaysia”.

The post OHMYMYDIN! The Brand Festival Sumbang RM163 Ribu Kepada 15 Badan Kebajikan Sempena Sambutan Awal Muharram appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments