Nampak Kering Jangan Biar Terus Mati, Buat Begini Pastikan Ros Jepun Tumbuh Subur & Merimbun

Selain tumbuhan herba, ada juga antara kita yang gemar menanam pokok bunga Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora.

Pokok hiasan ini sangat cantik apabila hidup subur dan mengeluarkan bunga berwarna-warni. Memang akan berseri laman rumah dengan kehadiran Ros Jepun ini.

Walau bagaimanapun jika tidak dijaga dengan betul, pokok ini cepat mati.

Namun begitu ada cara menanamnya untuk memastikan pokok ini sentiasa subur dan berbunga merimbun dalam pasu.

TIPS SUBURKAN SEMULA ROS JEPUN

1. Apabila pokok anda jadi seperti macam ini, memang perlu ditanam balik atau keratkan pokok.

Jangan biar jadi kering.

2. Untuk tanam semula, gembur semula tanah asal dan balik-balikkan tanah. Jika tanah keras, siramkan dengan sedikit air.

Gembur semula tanah.

3. Apabila sudah siap digembur, kerat dulu pokok yang mahu dibuang untuk ditanam semula. Tetapi bukan dibuang semua, kerat dalam 2 ruas pada jari.

Kerat batang dua ruas jari.

4. Kemudian cucuk terus pada tanah. Letakkan secara berselerak dalam pasu dan biarkan banyak. Insya-Allah pokok akan tumbuh subur dan mula mengeluarkan bunga.

Cucuk semula secara berselerak.

Ok ini gambar pertama selepas dua minggu proses tanam semula

Cantik berkembang.
Penyeri laman.
Sedap mata memandang.

SEMOGA ILMU NI BERMANFAAT

Artikel Berkait:

Cara Tanam Cili Merah Bak Jambangan Bunga

Ini Pula Cara Tanam Pokok Mangga Dalam Pasu

Kredit: Facebook Nur Farahana Mohd Johan

The post Nampak Kering Jangan Biar Terus Mati, Buat Begini Pastikan Ros Jepun Tumbuh Subur & Merimbun appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments