Jurujual syarikat pengedar barangan kemas disamun



Kejadian samun di Lebuhraya Sungai Besi semalam membabitkan seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas dan rakannya. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zainuddin @ Hilmi berkata, dua mangsa sebelum itu dalam perjalanan dari Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi. 

Dalam pada jam 3.35 petang, perjalanan mereka dihalang oleh dua buah kenderaan pacuan empat roda dan tiga lelaki bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta mangsa. 

Kedua-dua mangsa ditarik keluar. Kereta, barangan kemas dan wang tunai dirampas suspek yang kemudian terus beredar dari lokasi kejadian. 

Mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan suspek. 

Kereta mangsa ditemui dibakar di kawasan Damansara, Petaling Jaya.

Polis kini sedang berusaha mengesan ketiga-tiga suspek terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 03-22979222 untuk tindakan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksen 395/397 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



r

Post a Comment

0 Comments