Jentera ‘Tong Sampah’ Memecahkan Rekod Dunia, Capai Kelajuan Lebih 40mph

ENGLAND: Jurutera Andy Jennings telah mencipta Rekod Dunia Guinness baru setelah mencapai kelajuan 40mph dengan menggunakan kenderaan ‘tong sampah’.

Video daripada Youtube, Andy Jennings:

Andy telah melakukan pengubahsuaian kepada jentera ‘tong sampah’ itu untuk meningkatkan lagi prestasi jentera tersebut.

Hasil daripada itu telah membuahkan hasil, mencapai kelajuan 43mph setelah diuji di landasan lapangan terbang Elvington, York.

“Saya mendapat rekod sekitar 45.35mph – yang sangat jauh daripada sasaran yang saya tetapkan, jadi saya sangat gembira dengan keputusan itu”, katanya.

“Percubaan ini adalah untuk mengenangkan sahabat saya, Ben, yang telah meninggal dunia pada bulan Jun”

“Ben pasti berbangga dengan pencapaian ini”, kata Andy.

Jentera ‘tong sampah’ ini dilengkapi dengan enjin motorsikal, kotak gear, ignition, handlebar daripada skuter dan tempat duduk basikal.

Sumber: The Sun

The post Jentera ‘Tong Sampah’ Memecahkan Rekod Dunia, Capai Kelajuan Lebih 40mph appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments