Jangan Letak Ubat Gigi Kalau Anggota Badan Melecur, Ini Cara Patut Buat Elak Jangkitan Kuman

Kebiasaanya yang selalu kita dengar jika ada anggota badan terkena melecur, terus meletakkan ubat gigi untuk mengelak daripada berlaku gelembong.

Ada juga yang meletakkan kicap atau sapu tepung untuk mengatasi masalah ini. Namun sebenarnya ia hanyalah mitos kerana penggunaan bahan ini memberi kesan buruk jika tidak tahu keberkesanannya.

Dalam laporan Public Health memberitahu sebenarnya tidak dibenarkan letak iubat gigi di atas permukaan kulit yang melecur. Ini kerana akan menyebabkan haba terperangkan dalam kulit dan menyebabkab kesan terbakar jadi lebih teruk.

Bukan itu sahaja, bahkan kulit juga boleh dijangkiti kuman dan seterusnya dan melambatkan proses penyembuhannya.

Sebaliknya apa yang disarankan adalah dengan mengalirkan air paip pada luka berkenaan selama 20 minit. Cara ini akan membantu proses penyembuhan dan kurangkan kesan komplikasi akibat melecur.

Ini yang boleh dilakukan kurang kesan melecur
1. Jauh dari api
2. Alirkan air selama 20 minit
3. Balut dengan kain bersih
4. Berjumpa dengan doktor

Perkara perlu dielak mudharatkan kesan melecur
1. Letak mentega
2. Letak ubat gigi
3. Pecahkan gelembung

The post Jangan Letak Ubat Gigi Kalau Anggota Badan Melecur, Ini Cara Patut Buat Elak Jangkitan Kuman appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments