Jangan Buang Duit Kertas Koyak, Ada Nilainya Tukar Di Bank Negara. Bergantung Nilai Penuh Atau Separuh!

Tidak dinafikan ada kalanya kita sayang nak buang duit kertas yang terkoyak. Bukan saja kerana nilainya, tetapi mahu menjadikan duit berkenaan sebagai kenang-kenangan.

Namun tahukah kita, rupanya duit kertas yang terkoyak ini masih bernilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Abdul Rahman Al Amin Ismail, memberitahu duit kertas yang ditukarkan ke BNM ini mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung kepada saiz.

Namun menurutnya jika wang kertas berkenaan mempunyai kurang 1/2 daripada saiz wang asal, ia sudah tidak mempunyai nilainya.

Jadi selepas ini jika mempunyai wang kertas lama yang terkoyak, jangan buang. Rajin-rajinlah pergi ke BNM untuk mendapatkan nilainya semula.

Kenyataan dari Bank Negara Malaysia:

Nilai sebenar boleh diperolehi:

Artikel berkait:

Tip Beli Emas Baru Tanpa ‘Trade In’

Ini Caranya Kalau Silap Transfer Duit Nak Dapat Balik

 

The post Jangan Buang Duit Kertas Koyak, Ada Nilainya Tukar Di Bank Negara. Bergantung Nilai Penuh Atau Separuh! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments