Isu Veveonah: Kabinet Ambil Maklum Kenyataan Dua Timb. Menteri Tidak Betul & Tidak Wajar- Khairy

PUTRAJAYA, 9 Sept – Kerajaan bersetuju isu sebenar berkaitan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin adalah tentang kekurangan infrastruktur rangkaian internet.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter menjelaskan, kenyataan seperti yang dilemparkan ke atas pelajar terbabit yang dikatakan membuat video kerana publisiti adalah tidak benar.

“Kabinet ambil maklum kenyataan dua timbalan menteri tidak betul dan tidak wajar.

“Kabinet setuju isu sebenar adalah capaian internet dan kemudahan asas lain khusus di pedalaman,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Jelasnya, pihak kerajaan akan berusaha sebaik mungkin bagi memperbaiki dan menangani masalah tersebut.

Sebelum itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Karanaan, Masidi Manjun berkata, peperiksaan online yang diambil pelajar terbabit ternyata sah dan benar.

“Setelah mendapat penjelasan terperinci daripada Pengarah Pusat Asasi Sains UMS, saya mengesahkan pelajar Asasi Sains, Veveonah Mosibin telah menduduki peperiksaan akhir (online) pada 9-12 Jun 2020.

“Veveonah seorang pelajar cemerlang & akan meneruskan kursus ijazah Sains Marin di UMS,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, kelmarin.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

The post Isu Veveonah: Kabinet Ambil Maklum Kenyataan Dua Timb. Menteri Tidak Betul & Tidak Wajar- Khairy appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments