Idea DIY Ruang Simpan Tambahan Di Pintu Kabinet Guna Barang RM2.10 Je. Hasilnya Cantik, Kemas & Tersusun!

Tidak dinafikan bahagian dapur adalah kawasan menjadi salah satu ruang kegemaran bagi setiap wanita.

Di sinilah mereka akan berimaginasi dan menggunakan kreativiti yang ada sama ada menyediakan lauk pauk ataupun desert buat keluarga tersayang.

Namun ruang dapur yang sempit menyeabkan barang aksesori di bahagian dapur tidak tersusun dan akan menyakitkan mata memandang.

Perkongsian di laman sosial Facebook oleh seorang wanita ini yang bijak mengemas ruang dapurnya menjadi lebih tersusun, kemas dan jadi sangat menarik.

Tidak memerlukan bajet mahal, sebaliknya wanita ini Zilly Ekieda Full ini berjaya DIY pintu kabinet dengan hanya menggunakan barangan berharga RM2.10 saja.

Sebelum itu dia dikatakan buntu kerana membeli tempat gantung barang berkenaan tanpa tujuan.

Walau bagaimanapun ketika sampai di rumah, dia terus mendapat idea dengan meletakkannya di pintu kabinet ada bahagian dalam. Kemudian rak tersebut dijadikan tempat simpanan barang seperti makanan dalam tin, span basuh pinggan dan juga kain lap.

Jadi, anda boleh ikuti cara dilakukan ini dan hasilnya dapur anda menjadi lebih kemas, tersusun dan pastinya menjadi cantik.

Haritu pegi ECO.
Jumpe bekas putih nie.
Beli terus 12pcs (mase tu mmg tggl 12pcs je color putih) yg lain ade lah color hijau n purple.

Bila balik rumah duk pkir nak buat ape ye beli byk2.
Nk lekat kt toilet, kt toilet da ade da lebih kurg bekas cmnie.

Pastu pkir punyer pkir dpt idea lekat kt pintu cabinet
Bila suami bukak cabinet tengok, die kate dah macam bukak PETI AIS

TAPI die kate OK lah tersusun senang nk amik brg nnti

#sayashare
#susuncarasaya

The post Idea DIY Ruang Simpan Tambahan Di Pintu Kabinet Guna Barang RM2.10 Je. Hasilnya Cantik, Kemas & Tersusun! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments