Idea Bijak Guna Lebihan ‘Casing Aircond’ Jadikan Rak Elak ‘Remote Control’ Terus Hilang

Ruang tamu menjadi tempat paling selesa untuk berehat setelah penat seharian bekerja di pejabat.

Namun yang sering menjadi masalah apabila’remote control’ atau alat kawalan jauh yang kadang-kadang tidak ditemui. Hilang sama ada dimain oleh anak-anak atau terlupa letak di mana.

Perkongsian di laman sosial Facebook oleh Lidia Rahza melalui page Kelab Kaki D.I.Y memberitahu cara untuk menghasilkan sendiri rak alat kawalan jauh menggunakan lebihan ‘casing’ aircond’.

Ada gunanya lebihan ‘casing aircond’.

Menurutnya dia sering mengalami masalah alat kawan jauh yang hilang tanpa dikesan.

Akhirnya mendapat idea melakukan DIY tempat meletak alat kawalan jauh ini dengan bajet menjimatkan.

DIY rak ‘remote control’ guna ‘casing aircond’

Langkah-langkah

1. Kumpul dan mula agak-agak jarak alat kawalan jauh.

2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.

3. Ukur saiz setiap dan ambil saiz alat kawalan jauh paling besar supaya yang lain boleh muat.

4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang remote.

5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti tidaklah terlalu besar atau tidak muat. Apabila saiznya bertepatan, barulah nampak kemas sikit.

6. Plotkan pada casing.

7. Siap lukis dan plot. Apabila sudah puas hati, teruskan untuk ukuran lain.

8. Potong lebihan tepi. Guna apa-apa peralatan yang ada. Asalkan boleh memotongnya.

9. Untuk lubang tengah dicadangkan guna gerudi. Guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang untuk potong dengan pisau nanti.

10. Ini lepas potong dan kemaskan menggunakan pisau. Perlukan ‘steady hand’, untuk elak cedera atau terpotong bekas PVC. Jadi perlu berhati-hati.

11. Seterusnya buat cubaan atas darat. Jika ok, boleh teruskan.

12. Untuk letak di dinding gunakan double tape saja. Mudah dan tak perlu tebuk lubang. Tetapi jika tidak yakin, boleh tebuk.

13. Jika perasan ada lekuk pada bibir PVC menghalang alat kawalan jauh menggelongsor dari kedudukannya.

14. Inilah hasilnya dan boleh letak seberapa banyak alat kawalan dimahukan.

The post Idea Bijak Guna Lebihan ‘Casing Aircond’ Jadikan Rak Elak ‘Remote Control’ Terus Hilang appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments