Hanya Gunakan Campuran Air Barli & Beras 2 Kali Seminggu! Hasilnya Kulit Cerah & Lembut, Mekap Pun Jadi Smooth!

Tidak dinafikan sebagai wanita kita perlu menjaga kecantikan diri dan kulit wajah sejak dari awal lagi.

Walaupun pelbagai produk penjagaan wajah dijual di pasaran, tetapi ada juga yang menggunakan petua tradisional untuk mendapatkan hasil yang halus dan mulus.

Seperti perkongsian dari pengguna laman sosial Aya Zaki yang menjadikan barli sebagai rejim perawatan kecantikan wajah. Menurutnya dia memakai hari-hari dan hasilnya kulit jadi sangat halus dan mulus.

Bukan saja senang dibuat tetapi bahan dapur seperti beras dan barli yang digunakan juga selamat. Tambah Aya Zuki, barli mempunyai banyak khasiat terutama bagus untuk menkulitkan cerah, jadi lebih anjal dan awet muda.

Bahan2:
1. Segenggam beras – dibasuh dulu
2. Garam
3. Barli

Step 1:

1. Kisar barli sampai halus seperti beras.

Step 2:

1. Basuh beras dulu selepas itu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2) Setelah kering, masuk dalam pengisar kering
3. Kisar beras bersama garam sampai halus
4. Fungsi garam adalah untuk matikan kuman dan nyahkan jerawat!

Step 3:
1. Selepas kisar beras dan garam serta barli, campurkan kedua-duanya hingga sekata.

2. Kemudian boleh pakai dekat kulit wajah dan badan. Scurb secara perlahan dan jangan kasar.

3. Untuk yang ada masalah jerawat teruk jangan scrub di kawasan berkenaan. Cukup sekadar tepek sahaja.

4) Bagi kulit yang tidak ada jerawat, boleh gosok perlahan-lahan di kawasan sekitar.

5. Kemudian cuci dan rasai hasilnya kulit rasa bersih dan licin sangat! Serta wajah jadi cerah dan berseri-seri.

6) Tip, tidak ada masalah pakai lama atau biarkan hingga esok pagi baru cuci bersih.

Kelebihan lain:

– Kulit jadi lembut
– Menghilangkan masalah blackhead dan whitehead
– Kulit jadi licin dan untuk mekap pun wajah jadi smooth.
– Mencerahkan kulit
– buang sel-sel kulit mati dan wajah jadi berseri-seri lepas scrub
– Mengelakkan masalah jerawat

The post Hanya Gunakan Campuran Air Barli & Beras 2 Kali Seminggu! Hasilnya Kulit Cerah & Lembut, Mekap Pun Jadi Smooth! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments