Guna Bajet RM1K, Lelaki Ini Berjaya Transform ‘Flat’ 2 Bilik Jadi Setaraf Kondo

Ruang yang sempit tidak jadi penghalang untuk seseorang itu mengubah kediaman menjadi lebih eksklusif.

Dengan sentuhan dan kreativiti tersendiri serta bajet mampu milik boleh memberi nafas baru pada rumah diduduki.

Seperti yang dibuktikan oleh lelaki bujang ini berjaya mengubah rumah flat dua bilik menjadi lebih menarik dan selesa hanya menggunakan bajet kurang dari RM1,000.

Menurut pemiliknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi rumah ini berjaya disiapkan dekorasinya hanya dalam masa dua hingga 3 bulan sahaja.

Dia tinggal di rumah jenis flat 5 tingkat yang hanya mempunyai dua bilik. Jadi dia mendeko rumah dengan membeli barangan sedikit demi sedikit termasuklah mengecat dan menghias ikut kreativiti sendiri.

Kebanyakan perabot dan barang hiasan pula dibeli secara online di Carousel, Shopee dan Kaison sahaja.

Hasilnya ruang kediaman dua bilik ini menjadi sangat eksklusif dan sedap mata memandang.

Selain itu dia turut memberikan tip buat semua orang bujang di luar sana.

Menurutnya, seseorang itu kena ada disiplin untuk mendapatkan hasil rumah yang cantik dan kemas.

Tambahnya barang hiasan tidak perlu mahal asalkan tahu bagaimana mahu mencantikkan sesuatu ruang kediaman sudah memadai.

Paling penting katanya adalah kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang.

The post Guna Bajet RM1K, Lelaki Ini Berjaya Transform ‘Flat’ 2 Bilik Jadi Setaraf Kondo appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments