Gajah Betina Mengamuk Selepas Anaknya Mati Dilanggar Kereta Di Kota Tinggi

Susulan daripada video yang tular mengenai seekor gajah betina mengamuk selepas anaknya mati dilanggar oleh sebuah kereta di Batu 10, Jalan Kota Tinggi – Mersing, Kota Tinggi, Johor. Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah mengambil tindakan segera mengawal lokasi kejadian.

Buat masa ini, gajah betina yang mengamuk telah masuk semula ke dalam Hutan Simpan Kekal Panti bersama kumpulannya. Pihak Jabatan PERHILITAN akan memantau lokasi kejadian dan operasi tangkapan akan dilakukan jika terdapat kehadiran gajah betina itu semula di kawasan kejadian.

Sehubungan itu, pihak jabatan memohon orang ramai supaya berhati-hati melalui jalan tersebut dan tidak melakukan tindakan provokasi terhadap gajah tersebut. Sebarang maklumat/aduan berkaitan hidupan liar boleh disalurkan ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN 1800-88-5151.

Jika dilihat dalam video yang dikongsikan oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut, anak gajah tersebut sudah mati di tempat kejadian sebelum seekor gajah betina mengamuk di jalan tersebut.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, 31 August 2020

 

Sumber: PERHILITAN

The post Gajah Betina Mengamuk Selepas Anaknya Mati Dilanggar Kereta Di Kota Tinggi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments