Gadis Ini Rekod Video, Ceritakan ‘Drama’ Ayam Dari Telur Hingga Jadi ‘Dewasa’ Buat Netizen Terhibur

Kalau sebut mengenai telur ayam kampung, sudah pasti ramai yang tahu khasiat tersendiri yang ada pada telur ii. Tidak kurang itu juga, ramai yang mula berkecimpung dalam bidang ternakan ayam kampung ini.

Korang ingat lagi tak seorang gadis yang berjinak-jinak dalam bidang pertanian kecil yang pernah SK kongsikan tempoh hari? Ya, Nuraishah Shamsuddin nama diberi. Terbaru, dia mulakan dengan ternakan ayam kampung dan dia berkongsi pengalamannya sepanjang ‘membesarkan’ anak ayam kampung.

Apa yang lebih menarik lagi, video yang dikongsikan itu terselit ‘drama’ daripada ibu ayam dan anak-anaknya yang sememangnya membuatkan anda terhibur.

Telur ayam belaan cair.

Kebiasaan telur cair beli dari kedai ialah telur yg dah lama. Telur putih cair boleh juga jadi bila telur terdedah pada suhu tinggi waktu jangka masa yg lama. Putihnya cair hampir serupa dengan air. Tapi tak semua telur cair tu telur yang dah hampir tarikh luput.

Sebagai contoh telur ayam dari ayam yg dah tua. Sukatan kualiti telur disukat melalui kepekatan putih telur menggunakan Haugh unit dari skala 0-110. 60 Haugh unit ke atas adalah telur yg sesuai dijual ke pasaran. Manakala untuk ayam tua, setiap bulan sukatan kepekatan telurnya akan berkurangan sebanyak 1.5-2 Haugh unit.

Ini bermakna semakin tua ayam tu, semakin kurang kualiti telurnya. Sebab tu kebanyakan penternak tak simpan ayam pada jangka masa yang lama. Cukup masa, disembelih untuk menjaga kualiti.

Namun begitu ianya tidak bermakna yang telur itu telur busuk. Rasanya mungkin sedikit kurang berlemak seperti telur biasa tapi ianya tidak merbahaya untuk dimakan kerana ia bukan telur yang terbiar lama.

Tempoh ayam mengeram sehingga menetas ialah selama 21 hari ke atas. Selepas lebih seminggu tak ada lagi yang menetas tandanya telur tu dah rosak. Jadi lepas ni bagi yg bela ayam dan telurnya tak cantik, ada dah tau apa sebabnya. Jangan buang, jangan membazir.

Di sinilah bermulanya drama ‘Makcik Pencen’ menjaga anak-anaknya.

Telur ayam belaan cair.Kebiasaan telur cair beli dari kedai ialah telur yg dah lama. Telur putih cair boleh juga jadi bila telur terdedah pada suhu tinggi waktu jangka masa yg lama. Putihnya cair hampir serupa dengan air. Tapi tak semua telur cair tu telur yg dah hampir tarikh luput. Sebagai contoh telur ayam dari ayam yg dah tua. Sukatan kualiti telur disukat melalui kepekatan putih telur menggunakan Haugh unit dari skala 0-110. 60 Haugh unit ke atas adalah telur yg sesuai dijual ke pasaran. Manakala untuk ayam tua, setiap bulan sukatan kepekatan telurnya akan berkurangan sebanyak 1.5-2 Haugh unit. Ini bermakna semakin tua ayam tu, semakin kurang kualiti telurnya. Sebab tu kebanyakan penternak tak simpan ayam pada jangka masa yg lama. Cukup masa, disembelih untuk menjaga kualiti.Namun begitu ianya tidak bermakna yg telur itu telur busuk. Rasanya mungkin sedikit kurang berlemak seperti telur biasa tapi ianya tidak merbahaya untuk dimakan kerana ia bukan telur yg terbiar lama.Tempoh ayam mengeram sehingga menetas ialah selama 21 hari ke atas. Selepas lebih seminggu tak ada lagi yg menetas tandanya telur tu dah rosak. Jadi lepas ni bagi yg bela ayam dan telurnya tak cantik, ada dah tau apa sebabnya. Jangan buang, jangan membazir.Lebih info dan hal kebun boleh ikuti instagram – nuraishahshamsuddin

Posted by Nuraishah Shamsuddin on Wednesday, 16 September 2020

Apa yang menarik perhatian ramai adalah cara penyampaian yang agak ‘lucu’ dan menarik ini membuatkan ramai yang akan ketawa kecil.

 

Sumber: Nuraishah Shamsuddin 

The post Gadis Ini Rekod Video, Ceritakan ‘Drama’ Ayam Dari Telur Hingga Jadi ‘Dewasa’ Buat Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments