Degil Tak Pakai “Mask”, 8 Penduduk Dihukum Gali Kubur Untuk Kebumi Jenazah Pesakit COVID-19

Gara-gara ingkar arahan pemakaian pelitup muka, 8 lelaki di Indonesia diarah menggali kubur untuk mengebumikan jenazah pesakit COVID-19 sebagai hukuman.

Menurut laporan CNN, 8 penduduk setempat di daerah Gresik itu adalah antara 28 individu yang ditahan kerana melanggar protokol kesihatan yang ditetapkan kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak mampu membayar denda sebanyak 150 ribu Rupiah dan diarah menjalani hukuman kerja sosial.

Hukuman berkenaan juga dikatakan sebagai bentuk pengajaran kepada penduduk di kawasan berkenaan supaya lebih mematuhi peraturan yang dikeluarkan.

Menurut Tribun News, pemerintah di kawasan berkenaan mengarahkan 8 individu berkenaan membantu 3 petugas yang sedang menggali kubur bagi mengebumikan jenazah pesakit COVID-19 yang merupakan warga tempatan disitu.

Bagaimanapun, mereka hanya diarahkan membantu untuk menggali kubur sahaja dan tidak terlibat dalam menguruskan jenazah.

Berdasarkan data daripada Worldometer, Indonesia setakat ini telat mencatatkan sebanyak 228,993 kes positif dan 9,100 angka korban.

Sumber: CNN, Tribun News

The post Degil Tak Pakai “Mask”, 8 Penduduk Dihukum Gali Kubur Untuk Kebumi Jenazah Pesakit COVID-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments