Dapat Lebih 18 Ribu ‘Likes’, Netizen Kongsi 12 Tips Bahagia Lepas Kahwin Macam Zaman Bercinta

tips rumahtangga bahagia

Perhubungan dalam perkahwinan ini bukan sekadar detik manis semata, namun ada pahit manisnya dan sudah tentu memerlukan komitmen serta tolak ansur sesama pasangan demi bahagia. Kata orang, percintaan itu indah, namun bukan indah semata.

Dalam menjalani kehidupan bersama, ada onak duri yang perlu ditempuh. Ada masanya, ribut dan ombak besar membadai bahtera rumahtangga hingga ada yang karam di tengah jalan.

Oleh itu, kita memerlukan ilmu dan pengetahuan sebagai persediaan, dengan harapan dapat belayar dengan selamat hingga ke akhirnya.

Baru-baru ini, tweet oleh seorang pengguna Twitter mendapat perhatian lebih 18 ribu warga maya.

Permintaan tips perkahwinan oleh saudari Amirah Hazwani Bakri itu dibanjiri jawapan oleh pasangan berkahwin, masing-masing berkongsikan tips mereka untuk tetap bahagia.

“Siapa yang dah kahwin lebih 5 tahun dan masih hangat bercinta bersama pasangan (macam masa bercinta dulu), tolong kongsikan tips perkahwinan untuk orang yang baru nak kahwin ni,” tulisnya.

Berikut adalah tips dan nasihat yang boleh kita pelajari bersama.

1. Jangan letak jangkaan terlalu tinggi

2. Bergaduh macam mana pun, jangan tidur asing

3. Solat jemaah bersama

Mantan Kadi Besar Negeri Johor, Haji Nooh Kadri pernah mendedahkan seramai 90 peratus pasangan yang dirujuk kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi isu perceraian mengaku tidak menjaga solat.

Statistik ini disokong kenyataan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendakwa tidak solat adalah antara punca pasangan bercerai.

“Kita tak akan dengar Pak De dan Mak De yang mana malam solat tahajjud bersama, solat subuh bersama, kemudian selepas Subuh Mak De masak nasi lemak di dapur, kemudian pukul 8 sarapan bersama, pukul 8.30 siap-siap pakai baju nak pergi mahkamah syariah nak bercerai.”

Katanya, jika kita jaga hubungan dengan Allah, hubungan kita dengan manusia turut terjaga. Malah, ‘hubungan dengan syaitan’ dapat dielakkan kerana syaitanlah yang menjadi pemisah suami isteri.

Anda boleh tonton video beliau di sini.

4. Berterus terang, pasangan anda bukan tuhan yang tahu segalanya

5. Selalu ucapkan perkataan ajaib, jaga bahasa

“Terima kasih, saya sayang awak, maafkan saya, rindu awak” dan sebagainya.

6. Toleransi, bila seorang marah, seorang kena senyap dahulu

7. Bila berhadapan masalah, ketepikan ego.

Dalam perkahwinan, bukanlah siapa yang menang pergaduhan lebih penting, tetapi sama-sama berpakat untuk menang atasi sesuatu masalah.

If there is a problem in a relationship, it’s not you vs me. It’s us against the problem.

Jika ada masalah dalam hubungan, bukan awak lawan saya, tapi kita lawan masalah.

8. Manja dengan pasangan

9. Jangan merajuk lelama

Memang kena manja, tapi bukan bermakna hanya si dia yang perlu memujuk. Hubungan yang harmoni memerlukan usaha kedua-dua pihak untuk menjadi lebih matang.

10. Belajar bahasa cinta pasangan

Sesetengah orang lebih cenderung menggunakan bahasa fizikal untuk menzahirkan kasih sayang manakala sebahagian yang lain lebih menggemari ucapan dan kata-kata. Anda boleh mengetahui bahasa kasih sayang anda atau pasangan masing-masing melalui pelbagai kuiz di atas talian.

11. Luang masa, belajar agama bersama-sama

12. Jangan buka aib pasangan

Jika apa pun berlaku, selesaikan silap faham antara satu sama lain tanpa membawa isu kepada orang luar termasuk ahli keluarga.

Keluarga anda mungkin akan tidak akan maafkan pasangan anda walaupun anda telah memaafkannya.

Jika perlu, jumpa orang tengah dari golongan profesional dan neutral antara kedua-dua pihak seperti kaunselor perkahwinan.

Anda juga boleh bertemu perunding cara yang disediakan di jabatan agama negeri masing-masing mahupun kaunselor perkahwinan secara percuma disediakan agensi kerajaan.

Untuk lebih tips, anda boleh baca di bebenang asal di sini.

Sumber: Amirah Hazwani Bakri, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Haji Noh Kadri

The post Dapat Lebih 18 Ribu ‘Likes’, Netizen Kongsi 12 Tips Bahagia Lepas Kahwin Macam Zaman Bercinta appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments