Cara Tukar Bil Elektrik Kepada Nama Penyewa, Elak Tuan Rumah Rugi Bila Penyewa Tak Bayar Bil

Sering kali kita dengar kes penyewa rumah membuat onar meninggalkan kediaman tanpa membayar bil elektrik yang ada mencecah ribuan ringgit.

Mahu tak mahu tuan rumah terpaksalah membayarnya kerana atas nama beliau.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku atau berulang hingga menyebabkan kerugian lebih baik kita tukar nama bil elektrik pada nama penyewa supaya mereka berasa bertanggungjawab untuk membayarnya dan nama tuan rumah takdelah tercalar.

Sebenarnya pihak Tenaga Nasional Berhad telah lama memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara. Dan semua permohonan ini boleh dibuat melalui online. Tak perlu ke pejabat TNB!

Caranya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Hazwan Abdullah.

Cara tukar nama bil TNB dari owner lama ke owner baru secara online, hanya perlu IC copy sahaja.

1. Register dulu dekat
https://ift.tt/2edBeus
2. Lepas register dalam port TNB tu, kita boleh monitor bil, bayar bil , tengok penggunaan semasa and etc.
3. Untuk tukar nama dari tuan rumah kepada penyewa atau dari owner lama ke owner baru atau , step dia sama, kecuali dokumen saja yang lain.
4. Untuk memohon tukar nama, boleh rujuk screenshot dekat bawah, step by step.
5. Settle je permohonan tukar nama dekat portal, nanti kita akan terima satu email pengesahan untuk tukar nama.
6. Dalam sehari dua macam tue, staff TNB akan call kita untuk confirmkan permohonan kita.
7. Kemudian, TNB akan hantar satu lagi email beritahu no akaun TNB yang baru , dan juga lampiran deposit berapa yang kita kena bayar. Deposit boleh di bayar melalui online banking kepada nombor akaun TNB yang baru.
8. Lepas bayar deposit, kita akan terima satu lagi email from TNB ( welcome email) , so settle dah tukar nama.
9. Dalam proses permohonan tue, kita akan pilih bila tarikh akhir bacaan meter untuk akaun yang lama, sebagai contoh kita pilih 10 hb, so dari tarikh 26 hb hingga 10hb , penggunaan eletrik pada tarikh ni akan ditolak dari deposit owner lama. Selepas tarikh tue, penggunaan akan di caj kepada akaun yang baru
SETTLE !

Untuk lebih detail, boleh rujuk screen shot yang dikongsi oleh Hazwan ini

The post Cara Tukar Bil Elektrik Kepada Nama Penyewa, Elak Tuan Rumah Rugi Bila Penyewa Tak Bayar Bil appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments