Cara Tanam Daun Sup Dari Biji Benih, Tak Sampai 3 Minggu Merimbun Naiknya



Daun sup, antara yang selalu kita gunakan dalam masakan. Jadi elok juga kalai dijadikan sebahagian daripada tanaman di rumah.

Kalau tengok cara penanaman yang dikongsi oleh Noor Izzati mudah saja. Tak sampai 3 minggu merimbun naiknya. Seronok kita tengok bila sibur macam ni.

Cara semai daun sup dari biji benih

Biji benih beli dari online saja.
1. Campur peatmoss & cocopeat sama banyak.Kalau cocopeat 1kg, peatmoss pun sama (boleh beli di nursery @ kedai pertanian)
2. Masukkan tanah semai dalam bekas semaian, jangan tabur benih dulu ya. Siram air sampai tanah betul basah
3. Kemudian barulah tabur benih pokok daun sup, selepas itu tutup nipis dengan tanah semai tadi.
4. Letak bekas semaian ini di tempat yang ada cahaya tapi jangan terus kena marahari ya.
5. Dalam masa lebih kurang 2 minggu akan tumbuhkan benihnya. Jangan lupa siram bila tanah kering

Bula dah besar, anak benih daun sup yang banyak merimbun ini saya pecah-pecahkan. Saya bahagikan kepada 6.

Tanam jangan dalam sangat, cukup untuk tutup akarnya. Kemudian letak di tempat yang ada cahaya tapi tak kena cahaya matahari secara terus.

Nak pastikan daun sup subur, tanam kena sentiasa basah. Cara siram pula bukan terus kepada batangnya. saya rendam biar air meresap pada tanah.

Yang ini dah dialih dalam pasu besar, boleh letak di tempat yang panas sikit.

The post Cara Tanam Daun Sup Dari Biji Benih, Tak Sampai 3 Minggu Merimbun Naiknya appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments