Cara Buat Telur Dadar Gebu & Tebal Macam Kat Kedai Makan

 

Kalau makan kat restoren kita mesti tertanya-tanya, kenapa telur dadar yang dijual gebu dan tebal. Bila kita buat kat rumah, jadi leper saja.

Nampak macam senangkan tapi tak menjadi jugak. Kalau nak tahu untuk buat telur dadar macam ni ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Kalau gebu macam ni makan sepotong pun dah kenyang.

Kalau nak buat di rumah boleh ikut cara yang dikongsi oleh  De Havoc.

Bahan-bahan:

7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris

Cara membuat:

  • Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
  • Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
  • Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.

Hasilnya, puas makan!

Selamat mencuba!

Sumber: De Havoc

The post Cara Buat Telur Dadar Gebu & Tebal Macam Kat Kedai Makan appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments