Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1, Stok Sebalang. Nak Makan Ceduk Saja, Boleh Buat Rencah Nasi Goreng Juga

 

Kalau dalam rumah kita ramai yang suka sambal belacan dan wajib ada setiap kali makan, eloklah buat sebalang macam Mariana Abdul Majid ini.

Tak perlu susah-susah buat banyak kali. Bestnya sambal belacan yang sama ini juga boleh dibuat rencah untuk nasi goreng. Kan senang 2 dalam 1.

Sambal belacan stok sebalang

Ini cara saya bila malas nak tumbuk sambal belacan. Saya kisar saja semua, buat stok sebalang. Lega…nak makan cedok je. Bawah ni saya sertakan resepi cara saya;

Bahan-bahan:

Cili hidup
Cili padi
Belacan
Air asam jawa(perah guna air masak suam)
Air perahan limau kasturi (7-9 biji)
2 biji limau kasturi (buang biji, hiris sekali dengan kulit)
Gula
Garam kasar
* Kuantiti bahan rujuk gambar

Cara membuat:

  1. Masukkan cili hidup, cili padi, belacan, air asam jawa, air perahan limau kasturi,limau kasturi yg dihiris,gula dan garam kasar.

2. Kisar on off. Agak sedikit lumat, kisar jangan terlalu lama ya. Siap boleh simpan dalam balang letak dalam peti ais.

3. Siap stok sambal belacan sebalang!

Lagi satu nak beritahu sambal belacan ni boleh buat rencah nasi Goreng.

Cara nak masak nasi goreng sambal belacan:

1. Panaskan minyak tumis bawang putih.

2. Bila naik bau letak sambal belacan 2 sudu dan isi ikan goreng . Gaul sebati.

3. Pecahkan sebiji telur biar sekejap kemudian kacau.

4. Bila telur dah sedikit masak masukkan nasi sejuk. Gaulsebati, masukkan sayur dan bahan perasa jika suka.

5. Gaul dan cukup rasa tutup api, siap!

Sumber: Mariana Abdul Majid

Artikel berkait:

Cara Buat Sambal Belacan Yang Sedap Macam Makan Di Kedai Siam

 

 

The post Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1, Stok Sebalang. Nak Makan Ceduk Saja, Boleh Buat Rencah Nasi Goreng Juga appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments