Cara Bakar Ikan Atas Dapur Gas Tapi Pakai Arang. Tipnya Cari Periuk Yang Tak Diguna!

 

Bestnya makan ikan bakar cicah air asam. Lagi syok ikan bakar guna arang. Aromanya  menambat selera. Lagi satu kelebihan bakar guna arang,  ikan masak sekata dan dapur gas pun tak tersumbat.

Tapi kalau di rumah guna dapur gas macam mana nak buat ikan bakar pakai arang?

Ha ada triknya. Idea ini dikongsi oleh Nurhayati Zai.

Caranya letak arang yang dah dibakar dalam periuk yang tak digunakan. Macam mana nak buat, boleh ikut perkongsian Nurhayati.

Cara bakar ikan guna arang atas dapur gas

Menu hari ini ikan bakar. Cara saya bakar ikan atas dapur;

  1. Bakar arang atas api dapur gas. Pecahkan arang jadi bahagian yang kecil supaya senang menyala.

2. Letak arang yang dah menyala tadi dalam periuk yang tidak digunakan.

3. Hidupkan api kecil, biarkan seketika supaya periuk panas dan arang terus menyala. Kemudian letak ikan atas besi pemanggang dan bakarlah seperti biasa.

TIP

  • Cara ini ikut keadaan dapur, lebih sesuai kalau dapur dekat dengan tingkap. Sebab ada sesetengah arang menghasilkan asap yang tebal. Kalau jauh dari tingkap, nanti asap akan memenuhi ruang rumah.
  • Kalau nak pakai kuali yang tak digunakan pun boleh juga.

Resipi sambal ikan bakar

Norhayati juga turut berkongsi resipi sambal untuk ikan bakar. Bolehlah kalau nak cuba.

Bahan yang digunakan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Cili merah
Serai

Cara membuat:

  • Kisar semua bahan termasuk serai.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak.
  • Bila sambal dah masak, sapu pada ikan dan bakar ikan seperti biasa.

Sumber: Nurhayati Zai

 

The post Cara Bakar Ikan Atas Dapur Gas Tapi Pakai Arang. Tipnya Cari Periuk Yang Tak Diguna! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments