Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup. 4 Langkah Saja Dah Siap!

 

Kalau makan mi goreng atau char kuetiau memang tak sah lengkap kalau takde cili jeruk ni. Dapat pulak yang ranggup lagilah kick.

Memandangkan hidangan selalu kita buat di rumah, jadi eloklah stok cili jeruk ini kita buat sendiri. Homemade lagi best, buat rangup-rangup ikut cara yang dikongsi oleh Farid Sham.

Rupanya nak buat cili jeruk ni senang saja, 4 langkah saja, hari keempat dah boleh makan.

1.Mula-mula  kena sediakan cili hijau yang segar bugar. Cuci bersih sebelum dipotong.

2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Sedang-sedang saja.

3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan.

Tutup penutup kemudian kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.

Kuantiti gula:  2 sudu untuk saiz botol jem setinggi tin susu sejat.

4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YA JANGAN SESEKALI BUBUH AIR.

5. Hari keempat cili Jeruk dah boleh dimakan!

Senang kan. Boleh buat sendiri kat rumah ya!

Sumber: Farid Sham

 

The post Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup. 4 Langkah Saja Dah Siap! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments