Buat Sendiri Choco Jar. Mudah Sangat, Cuma Cairkan Coklat & Gaul. Guna 3 Bahan Saja!

 

Choco jar ini memang jadi kegemaran ramai, terutama anak-anak. Kalau jual laku keras. Ya lah coklat kan, siapa yang suka.

Tapi nak beli selalu pun kena berkira-kira sebab sebalang kecil saja harganya dah RM15. Jadinya apa kata kalau buat sendiri saja. Sebab cara nak buat pun mudah sangat, cuma guna tiga bahan saja. Nak buat berniaga pun boleh.

Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhamiza ini.

Buat sendiri choco jar, puas hati makan depan tv

Bahan-bahan

500 gram small coco crunch
500 gram coklat Berly
Setengah cawan minyak masak

Cara membuat:

  1. Cairkan coklat guna teknik double boil

2. Dah cair coklat, letak minyak. Tujuannya supaya coklat tak beku semula bila dah sejuk. Kemudian gaul, dan letak dalam balang.

Siap!

TIP

  • Boleh guna apa jenis coklat, ikut cita rasa.
  • Boleh gantikan dengan buble rice juga tapi panggang dalam oven dulu sampai kekuningan. Suhu 160 darjah masa 7 minit ikut oven masing-masing. Boleh juga sangai dalam kuali kemudian biarkan sejuk.

Sumber: Norhamiza

 

The post Buat Sendiri Choco Jar. Mudah Sangat, Cuma Cairkan Coklat & Gaul. Guna 3 Bahan Saja! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments