'Bila tengok video ni, Allahu bersyukur ada kerja'

"Jaga kerja kalau tak nak menganggur," itu pesanan netizen terhadap kakitangan awam mahupun swasta selepas melihat ramai orang yang sanggup beratur panjang demi menghadiri temuduga bagi mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu (KTM) semalam. 


Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Daddy Sado di Twitternya, kehadiran calon yang terlalu ramai sehingga mereka terpaksa beratur di tepi jalan raya. 


Menurut sumber, pihak KTM sebenarnya hanya memerlukan 200-300 pekerja baharu bagi empat jenis jawatan yang ditawarkan. Bagi yang berjaya temuduga kelak, akan diarahkan bertugas di Bukit Tengah atau Padang Besar berikutan banyak kekosongan di dua lokasi itu. 


Dalam pada itu, Hafiz turut menasihatkan, bagi yang berminat menghadiri temuduga itu haruslah menepati beberapa syarat utama da


Disebabkan jumlah calon yang terlalu ramai itu sehingga melimpah keluar dari premis dan ada yang terpaksa menunggu di kawasan tempat letak kereta dan tepi dewan, pihak KTM meminta mereka semua menyerahkan resume masing-masing. 


Netizen turut meluahkan rasa kasihan pada anak-anak muda ini dan berharap mereka tidak berputus asa dalam usaha mencari pekerjaan. 


Bagi netizen, perkara ini perlu diviralkan agar kerajaan sedar betapa 'struggle' nak survive. Bukannya hanya sibuk berpolitik dan memenuhkan tembolok sendiri. 




r

Post a Comment

0 Comments