“Bergantung Pada 2 Sedutan Inhaler Sehari,” Kisah Liam, Si Kucing Hidap Asma Akibat Kemalangan Sewaktu Kecil

Kucing adalah merupakan haiwan peliharaan yang terkenal dengan sifat manja serta mempunyai rupa yang sangat comel.

Bukan itu sahaja, kucing juga turut terkenal kerana aktif dan mempunyai perangainya yang berbeza-beza. Haiwan ini juga senang untuk dijaga kerana jarang sakit atau memerlukan penjagaan yang khusus.

Pun begitu, tahukah anda bahawa, kucing juga boleh menghidapi penyakit kronik. Menerusi satu perkongsian video dari seorang pengguna TikTok bernama @momothebengal ini, kucing peliharaannya yang bernama Liam telah menghidapi penyakit Asma.

Menurutnya, Liam telah menghidapi penyakit Asma itu sejak dari kecil lagi. Kata tuannya itu, Liam menghidapi penyakit tersebut selepas terlibat dalam satu kemalangan pada waktu kecil.

@momothebengal

Luckily cats have 9 lives 🙂💛 #cats #fyp #miracle #petsoftiktok

♬ Can’t You See – The Marshall Tucker Band

“Ramai orang menanyakan tentang bagaimana Liam boleh menghidapi Asma. Semasa dia masih kecil, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta. Sangat ajaib kerana dia berjaya terselamat namun dia telah menghidapi Asma sejak dari kemalangan itu. Dia kini hidup bahagia serta sihat dengan bergantung pada dua sedutan inhaler sehari,” tulis tuannya dalam video itu.

Kerana kisah Liam yang menghidapi Asma itu menjadi tular, ramai warganet yang tertanya-tanya berkenaan adakah kucingnya itu akan bersikap ganas atau akan berusaha untuk lari apabila disuapkan inhaler tersebut.

Namun, tuannya menjelaskan bahawa sangat senang sebenarnya untuknya memberikan Liam sedutan inhaler itu.

@momothebengal

Reply to @kittypoppins94 the trick is to let him come to you and be relaxed before attempting to give the medicine! #cats #fyp #catsoftiktok

♬ Can’t You See – The Marshall Tucker Band

“Tak pernah. Dia sendiri tahu bahawa dia memerlukan ubat ini. Flapper ini membolehkan saya untuk tahu bahawa dia sedang sedang menyedut,” tulisnya.

@momothebengal

He comes to me when i shake the inhaler🥺 #asthma #asthmacat #cats #fyp #foryou #catsoftiktok

♬ You Are My Sunshine – Kina Grannis

Kisah kucing itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, rata-rata video berkenaan kucing tersebut telah ditonton lebih puluhan dan ratusan ribu daripada warganet.

@momothebengal

Reply to @kiyuuuun here you go!😂 #cats #fyp #catsoftiktok

♬ original sound – momothebengal

Sumber: @momothebengal

The post “Bergantung Pada 2 Sedutan Inhaler Sehari,” Kisah Liam, Si Kucing Hidap Asma Akibat Kemalangan Sewaktu Kecil appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments