Begini Cara Buat Nasi Ayam Hainan Atau Roasted Ala ‘The Chicken Rice Shop’

Antara hidangan mudah yang jadi kegemaran kebanyakan kita adalah nasi ayam. Kalau makan di luar selalu yg jadi
pilihan adalah The Chicken Rice Shop. Menunya sama ada nasi ayam hainan atau roasted. Makan pula dengan tauge memang
terbaik.

Kalau satu famili gemar nasi ayam di sini, elok rasanya kalau kita belajar buat sendiri. Bolehlah jimat untuk makan
sekeluarga.

Resipinya dikongsi oleh Rafiah Nor, lengkap dengan cara buat tauge sekali.

Nasi ayam hainan steam & nasi ayam roasted ala The Chicken Rice Shop

Cara masak ayam Hainan

Bahan
Ayam
Daun bawang
halia -hiris

Bahan untuk kicap ayam

Bawang putih – dicincang
Hirisan halia
Air rebusan ayam
Sos tiram
Kicap cair
serbuk 5 spices
Tepung jagung
Garam & gula

Ayam direbus bersama daun bawang & hirisan halia selama 15-20 minit(ikut saiz ayam).

Bila sudah masak rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. kemudian tos.

Untuk kicap ayam tumis bawang putih yang cincang sehingga perang.
Masukkan air rebusan ayam. Tambah sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
Bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Agak-agak pekatnya ya.
Bila air kicap dan mendidih boleh tutup api.
Potong ayam hainan dan tuang kicap diatasnya sebelum hidang.
Boleh buat lebih kerana sos kicap ini juga digunakan untuk siram taugeh.

Resepi Ayam roasted
1 ekor ayam (sederhana besar)
2 sudu gula pekat
8 sudu cuka
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu serbuk 5 spices
1 sudu mkn gula& garam

Cara membuat:
Gula pekat di campur dengan 2 cawan air, cuka, serbuk lada putih.
Panaskan dalam masa yang sama kita perapkan ayam bersama serbuk 5 spices, garam ,gula.
Gaul sebati bahan dan sapu di dalam perut ayam (jemur sekejap).
Kemudian goreng dengan cara menyiram minyak panas ke atas bdn ayam (bakar pun boleh ya). Goreng sehingga warna
keemasan.Siap

Cili

Kisar cili merah, bersama serai, bawang putih (ulas je) bersama air rebusan ayam. Nak pedas tambah cili padi.
Tumis bawang putih yang dicincang. Bila keperangan masukkan bahan dikisar.
Tambah cuka, gula, garam & sos tomato.
Bila mendidih tutup api, siap

Sup

Satukan dalam periuk air rebusan ayam, halia, bawang putih hiris, serbuk perasa, dan garam.
Sesuaikan rasa, bila mendidih tutup api siap. Boleh masukkan bebola ikan/ ayam

Tauge steam:

Ambil taugeh siram dengan air panas. Toskan.
Letakkan dalam pinggan & curahkan sos kicap yang kita guna untuk buat ayam tadi.
Kemudian boleh tabur dengan daun bawang & cili merah. Siap.

Sumber: Rafiah Nor

The post Begini Cara Buat Nasi Ayam Hainan Atau Roasted Ala ‘The Chicken Rice Shop’ appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments