Bayi 6 Bulan Catat Rekod Dunia, Jadi Orang Termuda Main Ski Air

AS: Bayi berusia 6 bulan telah memecahkan rekod dunia, menjadi manusia termuda untuk bermain ski air.

Gelagat bayi tersebut yang dikenali sebagai Rich Humphreys ketika bermain ski air di Lake Powell itu telah dirakam oleh ibu bapanya.

Video daripada Fox 13 News Utah:

Berusia hanya 6 bulan dan 4 hari, dia telah mengalahkan rekod dunia dengan perbezaan 23 hari.

Kakinya telah diikat dengan selamat di papan luncur dan Rich berpaut pada palang besi ketika dia ditarik di sepanjang tasik oleh kapal.

Pada awalnya ibu bapanya memuat naik video tersebut ke laman Instagram untuk menyatakan ‘ulang tahun 6 bulannya’.

‘Saya bermain ski air untuk ulang tahun 6 bulan saya’

Namun tak menyangka bahawa perkara itu telah membuatkan bayinya tersebut telah mendapat gelaran ‘worldrecord‘.

Gelaran pemain ski air termuda di dunia telah dipegang oleh Zyla St Onge, yang meluncur di sepanjang Lake Silver di Florida pada bulan Mei 2016, berusia enam bulan dan 27 hari.

Sumber: The Sun

The post Bayi 6 Bulan Catat Rekod Dunia, Jadi Orang Termuda Main Ski Air appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments