Bangkai ‘Penuh’ Di Tepi Pantai, Kira-kira 380 Ekor Paus Pilot Dilapor Mati Terdampar

paus mati

Sekitar 380 ekor paus pilot dilapor mati selepas tersadai di persisiran pantai barat Tasmania, sekaligus menjadikannya peristiwa paus terdampar yang terburuk di Australia.

Lapor BBC, ratusan paus sirip panjang ditemui tersangkut di kawasan cetek perairan Tasmania pada Isnin.

Pasukan penyelamat dilapor berjaya menyelamatkan kira-kira 50 ekor paus pada Rabu manakala mereka sedang cuba membantu lebihan sekitar 30 ekor lagi.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka bakal meneruskan usaha menyelamat selagi ada haiwan yang masih hidup.

“Selagi mereka hidup dan di dalam air, masih ada harapan untuk mereka. Tapi semakin lama, mereka semakin lesu,” kata Nic Deka, pengurus kawasan Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar Tasmania.

Tambahnya, pasukan penyelamat bakal mengalihkan ratusan bangkai yang berselerakan di sepanjang pantai sama ada ditanam di darat atau ditarik ke lautan.

Punca kumpulan paus itu tersadai di pantai berkenaan masih belum dapat dikenalpasti. Spesies tersebut dikatakan cenderung tersadai di persisiran pantai.

Kejadian serupa pernah berlaku di barat Australia pada 1996 di mana sebanyak kira-kira 320 paus pilot dilaporkan mati.

Gambar: Google
Gambar: NY Times/Google
Gambar: Google
Gambar: Google
Gambar: Google

Sumber: BBC

The post Bangkai ‘Penuh’ Di Tepi Pantai, Kira-kira 380 Ekor Paus Pilot Dilapor Mati Terdampar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments