Ambil Tahu Jenis Extention Wire Di Rumah, Ada Yang Tak Sesuai Dengan Alat Elektrik Yang Kita Guna

Extention wire atau wayar penyambung, alat yang akan ada di setiap rumah dan saban hari kita akan menggunakannya untuk menghidupkan peralatan elektrik.

Pada kita asal dapat berfungsi kira oklah tu. Tapi bagaimana pula aspek keselamatan, adakah extention wire ini sesuai dengan peralatan elektrik yang kita guna.

Ramai tak tahu extention wire, sama ada yang bulat atau jenis banyak suis itu tidak semuanya sesuai dengan peralatan elektrik yang kita gunakan. Extention jenis bulat contohnya hanya sesuai untuk penyambungan sementara bukan yang sentiasa digunakan.

James Hukala memberi penjelasan lanjut tentang perkara ini.

Hari ini saya share tentang peralatan wayar penyambung atau adaptor. Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.

Extention wire/ penyambung wayar

Alat ini sangat praktikal digunakan di rumah. Mudah dan murah, akan tetapi adakah kita tahu ianya sesuai atau tidak dengan alat elektrik yang kita pakai.

Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.

Penting untuk kita tahu;

  • Ia tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven, microwave, water heater.
  • Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya bila digunakan. Ia untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat. Tanpa berbuat demikian bil elektrik akan melambung, lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas (shock circuit)

3 pin soket tambahan ( 3 pin adaptor)

Alat ini juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk tv, radio, komputer, peti sejuk lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.

Kalau boleh beli Adaport, ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik didalamnya. Jika berlaku kilat atau powersurge (arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik.

Wire cord tidak kemas

Pastikan wayar peralatan elektrik di rumah tidak seperti gambar ini. Ia tidak selamat dan tidak kukuh jika ianya ditarik.

Tip ekstra

Jangan sesekali beli barangan elektik yang murah. Ia tidak diuji, tidak diluluskan & tidak mengikut ISO.

Jika guna vacuum cleaner atau water jet cleaner pastikan wayarnya ditarik habis, jika tidak alat mudah panas dan rosak.

Powercube


Boleh digunakan untuk komputer, tv, laptop. Jangan guna untuk mikrowave atau oven bahaya.

Extention plug

Disyorkan dan paling bagus untuk kegunaan tv, DVD, komputer, namun pastikan ada kelulusan SIRIM/ISO.

Sumber:  James Hukala

Artikel berkait:

5 Jenis Extention Plag Yang Bahaya Jika Digunakan, Cepat Panas & Boleh Sebabkan Kebakaran

 

 

The post Ambil Tahu Jenis Extention Wire Di Rumah, Ada Yang Tak Sesuai Dengan Alat Elektrik Yang Kita Guna appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments