Aktiviti Sukan Dibenar Dilanjut Sehingga 2 Pagi – Ismail Sabri

Mendengar ‘isi hati’ rakyat yang aktif bersukan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh premis sukan dibuka dari pukul 12 tengah malam kepada 2 pagi.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa sebelum ini tempoh masa yang berubah hanyalah untuk premis makanan tetapi hari ini beliau memaklumkan semua aktiviti sukan dibenarkan hingga pukul 2 pagi.

“Seperti premis atau gelanggang futsal yang juga diminta untuk tutup pada pukul 12 malam telah membuat aduan, pelanggan mereka selalunya akan datang pada waktu malam selepas pukul 9 malam, tiga jam dah tutup. Tetapi masih ada banyak team untuk bermain. Jadi, ahli mesyuarat bersetuju untuk aktiviti sukan dilanjutkan kepada pukul 2 pagi,” jelasnya dalam sidang media hari ini. (Rujuk minit ke 21:38)

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, September 21, 2020

 

Sumber: Sidang media MKN

The post Aktiviti Sukan Dibenar Dilanjut Sehingga 2 Pagi – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments