Warga Gaza Bersatu Derma Darah, Bantu Mangsa Letupan Beirut Yang Memerlukan

Puluhan rakyat Palestin di Gaza dilaporkan menderma darah bagi membantu mangsa letupan di Beirut, Lubnan.

Menurut portal media Lubnan, Al-Manar, puluhan warga Palestin berkumpul di bandar Khan Younis pada Rabu untuk menderma darah.

Program yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin itu dilaporkan bakal bekerjasama dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa bagi menghantar bekalan darah ke Lubnan.

“Saya menderma darah sebagai detik kesetiaan kepada warga Lubnan,” kata salah seorang penderma, Abu Diab Ouida seperti dilaporkan Arab News.

Pun begitu, masih belum jelas sama ada bekalan darah tersebut dapat tiba ke Lubnan susulan jalur Gaza kini di bawah sekatan Israel-Mesir sejak 2007.

Letupan di Beirut pada 4 Ogos dilaporkan telah membunuh lebih 130 mangsa dan mencederakan ribuan yang lain. Tragedi itu dilaporkan berpunca daripada penyimpanan bahan kimia ammonium nitrate di sebuah gudang di pelabuhan Beirut yang terbakar dan mengakibatkan letupan.

Impak letupan dilaporkan dapat dirasai pada jarak 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Kredit: Ahmed Khalid
Kredit: Ahmed Khalid
Kredit: Ahmed Khalid
Kredit: Ahmed Khalid

Sumber: Al-Manar, Arab News

The post Warga Gaza Bersatu Derma Darah, Bantu Mangsa Letupan Beirut Yang Memerlukan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments