(Video)“Pintu Sudah Terlalu Antik,” Rakaman Pintu Keluarkan Bunyi Seakan ‘Mengilai’ Bikin Terhibur

Tidak semua pernah mengalaminya namun kisah-kisah seram sememangnya sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

Manakan tidak, media sosial kini sentiasa dibanjiri dengan pelbagai kisah seram yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Satu video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook ini membuatkan sesetengah warganet merasa seram walaupun ianya bukanlah berpunca daripada unsur-unsur mistik.

Video yang menyaksikan pintu dibuka itu mengeluarkan bunyi hilaian ketawa yang kedengaran seperti puntianak.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan waktu dan dimanakah video ini dirakam. Pun begitu, selepas ianya dikongsikan di Facebook, nyatanya telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur.

“Pintu sudah terlalu antik”

pintu sudah terlalu antik,,

Posted by Jegeler Jegeler on Wednesday, 19 August 2020

Menjengah ke ruangan komen, ternyata warganet terhibur mendengar bunyi pintu tersebut dan ada juga yang seram.

Sumber: Jegeler Jegeler

The post (Video)“Pintu Sudah Terlalu Antik,” Rakaman Pintu Keluarkan Bunyi Seakan ‘Mengilai’ Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments