(Video) Wanita Tercampak Sebelum Terseret Masuk Dalam Lubang Sedalam 7 Kaki Setelah Dilanggar Kereta

Detik-detik menakutkan menimpa seorang wanita yang ‘tercampak’ ke dalam longkang setelah dilanggar oleh sebuah kereta semasa sedang menunggang skuter miliknya.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada Rabu lalu di negeri Pará, utara Brazil dan dirakam oleh kamera pengawasan keselamatan.

Rakaman menunjukkan sebuah sedan merah membelok ke kiri di jalan raya di perbandaran Paragominas.

Gambar Via Daily Mail

Namun beberapa saat kemudian, skuter yang ditungganggi oleh mangsa yang berusia 27 tahun melintasi persimpangan dan melanggar  bahagian hadapan kereta.

Disebabkan pelanggaran itu, wanita tersebut telah terpelanting dan menyebabkannya ‘meluncur’ masuk ke dalam longkang sedalam tujuh kaki.

Gambar Via Daily Mail

Pemandu yang risau dilihat melangkah keluar dari kenderaannya dan melihat ke dalam longkang tersebut sambil saksi-saksi yang lain bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Gambar Via Daily Mail

Saluran berita Brazil melaporkan bahawa seorang lelaki turun ke dalam longkang tersebut untuk menyelamatkan mangsa sebelum paramedik tiba.

Mangsa dilaporkan menghabiskan masa beberapa minit di dalam longkang sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Wilayah Pará Timur.

Keluarga mangsa mengesahkan bahawa mangsa akan dijadualkan menjalani pembedahan kerana kecederaan saraf tunjang.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Wanita Tercampak Sebelum Terseret Masuk Dalam Lubang Sedalam 7 Kaki Setelah Dilanggar Kereta appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments