(Video) Wanita Rakam Keadaan Angin Kuat Dikubur, Dakwa Ada ‘Bunyi Misteri’

Kalau diimbas kembali beberapa tahun dulu jika anda masih ingat lagi, ada satu ceramah agama yang menceritakan tentang azab kubur.

Menariknya, dalam pengisian ceramah tersebut, penceramah berkenaan siap sertakan sekali satu bunyi yang didakwa rakaman suara manusia diazab di dalam kubur.

Namun sejauh mana kesahihannya, Wallahualam. Allah Maha Mengetahui.

Tapi, begitulah juga situasi yang dialami oleh seorang individu bernama Natrah Ismail seperti yang dikongsikan di Facebooknya ini.

Dakwa ada ‘suara’ misteri di sebalik angin

Baru-baru ini sekitar jam 3.45 petang, Natrah menerima panggilan daripada ayahnya di sebuah tanah perkuburan di Klang.

Ayahnya yang juga merupakan seorang penggali kubur memintanya untuk menghantar barang ke sana.

Usai barang dihantar, ayahnya menuju ke pejabat sebentar menaiki motosikalnya.

Sementara menanti kepulangan ayah, dia duduk sebentar di atas jentera milik ayahnya di tanah perkuburan tersebut secara bersendirian.

Disebabkan pada waktu itu angin yang berlalu agak kuat, maka dia pun mengeluarkan telefon pintarnya untuk merakam suasana di sana secara mode selfie.

Namun, rakaman video tersebut menjadi tidak ‘kena’ apabila ada satu bunyi misteri dikesan di sebalik angin yang kuat tersebut.

Xde niat ape pn..Masa rakam angin kuat sangat.. Lepas rakam dgr balik.. Allahuakbar.. Fokus suara tu +…

Posted by Natrah Ismail on Friday, 21 August 2020

“Saya memang seorang masa tu..niat memang masa tu rakam video sebab angin kuat je. Masa rakam tu bunyi angin je. Rakam pun masa tu (dipost) dekat status WhatsApp je.

“Dah rakam, saya dengar balik..ulang-ulang ada bunyi lain. Ayah sampai, saya tunjuk video tu ayah marah..” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Dalam pada itu, jelas Natrah, niatnya merakam video tersebut hanya sebab angin kuat, bukan kerana terdengar bunyi misteri itu terlebih dahulu.

“Kalau masa rakam dah dengar, saya memang lari dah takda tunggu,” jelasnya lagi.

Difahamkan, bunyi misteri itu dakwanya seakan-akan seperti suara orang minta tolong, sayup-sayup kedengaran dari arah kubur.

Ada netizen yang menyangka bahawa itu adalah bunyi jentera tersebut, namun dinafikannya kerana ia tidak dihidupkan pada waktu itu.

Sumber: Natrah Ismail

The post (Video) Wanita Rakam Keadaan Angin Kuat Dikubur, Dakwa Ada ‘Bunyi Misteri’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments