(Video) Wanita Letak Anak Diluar Lif Untuk Selamatkan Warga Emas Terkena Serangan Jantung Raih Pujian Ramai

Tindakan seorang jururawat di China membantu seorang warga emas yang dikatakan mengalami serangan jantung di dalam sebuah lif berjaya meraih pujian daripada warganet.

Kamera CCTV yang terdapat di dalam lif tersebut berjaya merakamkan insiden cemas itu.

Rakaman berkenaan seorang wanita yang didakwa sebagai bekas jururawat menyelamatkan seorang warga emas yang terlantar di lantai lif sebuah bangunan di Shaanxi, China itu telah dikongsikan menerusi laman Twitter agensi berita China, CGTN.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa wanita yang baik hati itu secara berhati-hati dan perlahan-lahan meletakkan bayi yang digendongnya ke atas lantai luar lif berkenaan.

Dia kemudiannya segera masuk ke dalam lif tersebut dan melakukan CPR kepada seorang warga emas yang tidak sedarkan diri kerana didakwa mengalami serangan jantung.

Menurut CGTN, wanita tersebut mendakwa bahawa dia adalah merupakan seorang bekas jururawat sebelum dia bergelar ibu.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada warga emas tersebut dapat diselamatkan atau tidak.

Insiden cemas yang berjaya dirakamkan kamera CCTV itu telah menjadi tular selepas dikongsikan di internet.

Rata-rata warganet yang menonton insiden itu nyata tersentuh dengan tindakan wanita berkenaan dan memuji tindakan mulianya itu.

Semoga dia dipanjangkan umur

Dia seharusnya diangkat sebagai hero kebangsaan

Ibu yang terbaik

Sifat kemanusiaan menakluki segala-galanya

Rahmati wanita ini

Sumber: newspaper.ph/CGTN

The post (Video) Wanita Letak Anak Diluar Lif Untuk Selamatkan Warga Emas Terkena Serangan Jantung Raih Pujian Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments