(Video) Wanita Dakwa Terdapat Entiti ‘Tumpang’ Tidur Bawah Katilnya

Seorang wanita terkejut selepas gambar yang diambil oleh rakannya menggunakan kamera polaroid didakwa menampakkan satu entiti ‘menumpang’ tidur di bawah katil biliknya.

Warganet yang melihat gambar tersebut walau bagaimanapun mendakwa bahawa gambar tersebut telah disunting.

Pun begitu, wanita berkenaan telah menidakkan dakwaan itu dan menyatakan bahawa ianya langsung tidak disunting.

Untuk menepis dakwaan warganet, wanita berkenaan telah merakamkan satu video yang memaparkan gambar terbabit.

Dalam video itu, kelibat entiti yang berada di bawah katilnya itu masih jelas ternampak.

Tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut namun ianya telah menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, video berdurasi selama 15 saat yang dikongsikan melalui akaun Twitter @creepyposta itu telah ditonton lebih 3 ribu kali daripada warganet.

Sumber: Twitter/reddit

The post (Video) Wanita Dakwa Terdapat Entiti ‘Tumpang’ Tidur Bawah Katilnya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments