(Video) Tular Rakaman Gajah Di Tepi Kereta, Dipercayai Mengamuk Pijak Kereta

Satu rakaman yang memaparkan seekor gajah berada berdekatan sebuah kereta telah menimbulkan rasa cemas dalam kalangan netizen. Rakaman tersebut telah tular di media sosial dan menarik perhatian ramai warganet.

Menurut perkongsian tersebut, kejadian itu berlaku berdekatan hentian puncak Titiwangsa jalan menghala ke Kelantan.

Menerusi rakaman dikongsikan oleh Noraini Romli, dapat didengari suara cemas individu di dalam kenderaan tersebut yang dipercayi bimbang dengan haiwan tersebut.

Tiada maklumat lanjut berkenaan keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut.

Warganet yang menonton video terbabit turut menzahirkan kerisauan kepada mangsa yang terbabit dalam insiden itu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 14 ribu kali oleh warganet.

Kami Hanya mampu berdoa semoga tuan keta xde apa2..gajah mengamuk 9.00pm-9.30pm sebelum hentian puncak titiwangsa…Jln menghala ke klntn

Posted by Noraini Romli on Saturday, August 1, 2020

Sumber: Noraini Ramli

The post (Video) Tular Rakaman Gajah Di Tepi Kereta, Dipercayai Mengamuk Pijak Kereta appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments