(Video) Tular Aksi Lelaki Guna Aplikasi Viral, Seolah-olah Buat Konsert Di Tanah Kubur

menyanyi di kubur

Baru-baru ini tular di media sosial video seorang lelaki berjubah dan berkopiah menyanyi di kawasan perkuburan dipercayai di Indonesia.

Video tular itu menunjukkan lelaki berkenaan memegang objek dipercayai ‘mikrofon olok-olok’ sambil berdiri menghadap perkuburan. Dia kemudiannya berlakon seakan-akan sedang mengadakan ‘konsert’ yang dihadiri penonton.

Menggunakan aplikasi viral Tiktok, dia kemudiannya beraksi seolah-olah para penonton turut bersama-sama mendendangkan lagu berkenaan sambil menghalakan kamera telefon ke arah tanah perkuburan.

Video tersebut merupakan sebahagian daripada video-video jenaka milik seorang selebriti TikTok di negara seberang.

Video berkenaan kemudian menjadi tular di media sosial

 

Merujuk kepada laman web JAWI, ulama telah menggariskan adab dan panduan bagi kita ketika menziarahi perkuburan, kawasan yang bakal menjadi rumah kita suatu hari nanti.

Antara adab tersebut ialah bersih daripada hadas, memberi salam kepada si mati serta membaca Al-Quran dan mendoakan mereka yang telah meninggal dunia.

Sumber: Twitter, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

The post (Video) Tular Aksi Lelaki Guna Aplikasi Viral, Seolah-olah Buat Konsert Di Tanah Kubur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments