(Video) “Tuan Angsa Pun Takut Nak Tolong”, Detik Lucu Lelaki ‘Diserang’ Angsa Ketika COD Barang

dikejar angsa

Umum mengetahui sikap angsa yang gemar mengejar individu tidak dikenalinya. Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, mungkin ramai yang takut mendekati rumah atau kawasan yang mempunyai haiwan ini.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi video lucu suaminya disudu angsa ketika menghantar topeng muka ke rumah pelanggan.

“Ingat senang ke COD ni haaaa. Kesian Matkodt, nasib baik bukan aku yang keluar. Kalau tidak mampus aku menangis kat situ tu,” tulis Puan Aya yang berasal dari Langkawi.

Kongsinya, tuan rumah sendiri agak takut dengan haiwan berkenaan.

Dalam video berdurasi kira-kira 37 saat itu, kelihatan seorang wanita dipercayai tuan rumah sempat menghalau angsa yang sedang mengejar Encik Syukur dengan penyodok.

“Selalu pergi okay je. Masa awal tu pun pergi okay je. Angsa tu ada sebelah masa keluar dari kereta. Masa nak masuk kereta tu dia ‘tokak’,” kongsi Puan Aya kepada kami.

“Akhir sekali anak tuan angsa tu keluar tolong guna penyodok sampah. Tuan angsa pun takut nak tolong,” katanya.

Sumber: Puan Aya

The post (Video) “Tuan Angsa Pun Takut Nak Tolong”, Detik Lucu Lelaki ‘Diserang’ Angsa Ketika COD Barang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments