(Video) “Terima Kasih Angah…” Aksi Dua Beradik Teruja Abang Hadiahkan Raket, Tarik Tumpuan Netizen

Orang kata, adik-beradik ni kalau bergaduh pun, makan lain pinggan tapi tidur boleh lagi sebantal. Hubungan adik-beradik sepatutnya kena akrab kerana ia adalah pertalian darah seibu dan sebapa.

Jika anda ada adik di rumah, bagaimana cara anda menunjukkan kasih sayang kepada mereka? Adakah cukup sekadar panggil gelaran sayang? Atau masakkan untuk mereka? Suap mereka makan? Atau beri mereka hadiah yang menarik?

Menyentuh soal hadiah untuk adik-adik, mungkin berikutan trend pada hari ini di mana asal sebut ‘hadiah’ je, mesti terfikir dalam kepala akan hadiah gajet, kan?

Tapi tidak bagi individu bernama Nik Afiq ini, sebaliknya dia sebagai ‘angah’ berbesar hati memberi hadiah yang lebih ‘sihat’ buat kedua-dua adik kecilnya.

Tontoni video di bawah ini dan anda pasti akan terharu juga.

Minat main badminton sejak kecil

Apabila ditanya mengapa beri hadiah raket dan adakah mereka memang suka bermain badminton?

Jelas Nik Afiq, rupa-rupanya kedua-dua mereka, Nik Fawwaz Fawzan, 9, dan abangnya, Nik Muhammad Haziq, 11, memang suka akan aktiviti sukan tersebut.

“Haah adik-adik tu memang suka sangat main badminton sebab selalu tengok saya dengan abang dia lagi seorang tu main badminton.

“Lepas diorang selalu tengok kitorang main badminton diorang pun minat bermain badminton.

“Lagipun memang diorang yang mintak raket tu lepas tu ada rezeki lebih tu yang belanja adik-adik tu,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, hari ini.

Respon netizen

Sehubungan itu, ramai netizen turut berasa terharu dengan keikhlasan Nik Afiq menghadiahkan adik-adiknya raket badminton, bukan gajet seperti kebanyakan individu yang lain.

Di sebalik netizen terhibur, ada juga yang menzahirkan rasa terharu dengan sikap dua beradik tersebut yang rajin menutup semula pintu bilik abang mereka.

Mungkin mereka sudah biasa dididik dari kecil tentang adab memasuki bilik orang.

Mesti ibu ayah mereka adalah orang yang hebat juga.

“Terima kasih angah..”

Ucapan terima kasih yang diucapkan mereka juga agak menyentuh hati netizen.

Jelaslah mereka ini dibesarkan dengan didikan tentang adab dan akhlak dengan begitu sempurna.

Sejuk perut ibu mereka bila melihat keletah comel adik-beradik yang sopan dan begitu menghargai ini.

Semoga apabila dewasa kelak, mereka akan menjadi insan yang berguna dan rajin membantu orang lain pula, Insya-Allah.

Sumber: Nik Afiq

The post (Video) “Terima Kasih Angah…” Aksi Dua Beradik Teruja Abang Hadiahkan Raket, Tarik Tumpuan Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments