(Video) Setahun Dicurahkan Kasih Sayang, Transformasi ‘Si Oyen’ Berwajah Sedih Ini Tarik Perhatian Ramai

Nasib seekor kucing jalanan malang yang memiliki raut wajah sedih secara kekal telah berubah selepas setahun ianya dijaga oleh keluarga barunya.

Bruce Willis, kucing berwarna Oren telah didiagnos dengan masalah sistem imun serta mempunyai parut di bahagian muka akibat daripada pergaduhan bersama dengan kucing lain ketika dia mula-mula dibawa ke Animan Humane Society, Amerika Syarikat.

Matanya sedikit terkulai, telinganya terkoyak sedikit, dan parut-parutnya membuatkan bulunya menjadi kusut.

Pun begitu, nasibnya sangat baik kerana dia telah diselamatkan oleh seorang pencinta kucing bernama Sandra, yang berusaha memujuk tuan rumahnya untuk membuat pengecualian baginya membela haiwan peliharaan di apartmentnya.

Kucing yang berusia enam tahun itu telah dibawa ke rumah Sandra pada Ogos lalu dan memulakan kehidupan barunya sebagai haiwan kesayangan Sandra.

Video yang dikongsi oleh Sandra menerusi akaun TikTok @mrwillisthecat tentang perubahan Bruce semenjak dia mula membelanya telah menjadi tular.

Dalam klip montaj, si oyen itu tampak sangat menyukai belaian di bahagian perutnya serta gemar tidur di kaki Sandra.

Semasa Bruce perlahan-lahan cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, dia menjadi lebih aktif.

Dalam satu klip, dia dilihat sedang menarik satu mainan catnip hingga ke seberang bilik dan keluar berjalan-jalan di salji sambil dipakaikan satu rompi hijau dengan corak celoreng askar.

“Sudah setahun berlalu sejak saya mula membelanya dan kini dia adalah kucing yang paling bahagia sekali yang pernah saya kenal,” tulis Sandra.

Bulu oren Bruce tidak lagi kasar, kini ianya kelihatan bersinar di bawah sinar matahari. Mata comelnya bulat dan besar.

Video transformasinya telah menyentuh berjuta-juta hati pengguna media sosial dan ternyata warganet gembira melihat transformasi yang terjadi kepada Bruce.

“Anda boleh nampak bahawa dia telah mendapat kehidupan yang berhak dia dapat menerusi matanya!” tulis seorang warganet.

“Dia tampak sangat berbeza, syukur. Terima kasih kerana telah membelanya,” tambah warganet yang lain.

“Dia seakan beruang kecil. Anda berdua sangat bertuah kerana telah ditakdirkan bertemu antara satu sama lain,” tulis warganet ketiga.

@mrwillisthecat

One year with Bruce Willis ❤ #adoptdontshop #rescuecat #allthefeels

♬ You Are My Sunshine – Kina Grannis

Sumber: Daily Star

The post (Video) Setahun Dicurahkan Kasih Sayang, Transformasi ‘Si Oyen’ Berwajah Sedih Ini Tarik Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments