(Video) Sepak Bola Sampai Masuk Dalam Lori Sedang Bergerak, Nasib Baik ‘Driver’ Pulangkan Semula

Tular di laman Twitter sebuah video tentang sepakan ‘terlajak’ di sebuah padang bola sepak sehingga melepasi pagar dan masuk ke dalam sebuah lori yang bergerak di jalan tersebut.

Video yang mendapat lebih 24,000 tanda suka dan lebih dari 300 ribu tontotan ini mula tular di media sosial hari ini. Terbaru, pemilik lori yang bernama Pok Din telah memberikan semula bola tersebut kepada sekumpulan remaja ini.

“Siapa-siapa yang ada terjumpa lori yang ada bola kat belakang tu, boleh dm tepi”

Menerusi video ini, ia sukar mengambarkan sama ada kesian atau terhibur dengan kejadian tersebut.

“Alhamdulillah, Husnul Khotimah a.k.a Happy Ending.. Mekaseh Pok Din drebar lori”

Mereka sempat bergambar dengan pemandu lori yang bernama Pok Din di sebuah kawasan kuari dan remaja tersebut mengucapkan rasa syukur.

 

Sumber: Irfan Rafiuddin 

The post (Video) Sepak Bola Sampai Masuk Dalam Lori Sedang Bergerak, Nasib Baik ‘Driver’ Pulangkan Semula appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments