(Video) Sanggup Gadai Nyawa, Lelaki Ini Pandu Lorinya Yang Terbakar Jauh Dari Orang Ramai Sebelum Meletup

Ini adalah sebuah rakaman yang memaparkan detik-detik seorang lelaki di daerah Liaoning, China yang terpaksa melarikan lorinya yang disambar api ke tempat selamat bagi melindungi orang ramai berdekatan sebelum lorinya itu meletup.

Menurut South China Morning Post (SCMP), lori tersebut telah terbakar selepas pemandunya menghantarnya untuk diperbaiki.

Sejurus selepas melihat api berkenaan menyambar lorinya, pemilik lori yang bernama Sun Gang itu terus melarikan kenderaan tersebut jauh daripada kawasan yang sesak dengan orang ramai.

“Saya lega kerana dapat membawanya jauh daripada orang ramai. Kerana jika tidak, akibatnya pasti akan menjadi lebih buruk lagi.

“Saya lebih rela melibatkan diri diri saya seorang sahaja daripada melihat orang lain tercedera,” ujar Sung Gang.

Beberapa minit kemudian, selepas sahaja Sun berjaya membawa lorinya itu jauh ke tempat yang tiada orang, lorinya itu telah meletup.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan semasa lori tersebut meletup, lapor SCMP.

“Kami sangat-sangat risau akan keselamatan dirinya selepas terlihat lori itu teruk disambar api.

“Dia telah membawa lori itu ke tempat selamat dengan begitu cepat sehinggakan kami tidak sedar pun betapa buruknya situasi itu pada awalnya.

“Kemudiannya, kami berfikiran bahawa lelaki ini lebih merisaukan keselamatan orang awam berbanding dirinya. Kami puji tindakannya, dia sangat luar biasa,” nyata seorang saksi kejadian.

Tindakan yang tidak mementingkan diri ditunjukkan Sun itu telah mendapat perhatian sebuah syarikat pembuatan kereta China.

Syarikat tersebut telah memutuskan untuk menghadiahkan sebuah lori baharu kepadanya.

Sun berkata bahawa pendapatan pertamanya dengan menggunakan lori baharunya itu akan disedekahkan ke badan kebajikan amal.

Sumber: SCMP

The post (Video) Sanggup Gadai Nyawa, Lelaki Ini Pandu Lorinya Yang Terbakar Jauh Dari Orang Ramai Sebelum Meletup appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments