(Video) Rakaman Menggerunkan Percikan Api ‘Gergasi’ Selepas Kilat Menyambar Penjana Kuasa Bervoltan Tinggi

Satu kejadian sambaran kilat pada sebuah penjana kuasa bervoltan tinggi dilaporkan telah menyebabkan letupan api yang besar di sebuah bandar raya di China.

Sebuah rakaman yang berlegar di internet memaparkan satu bunyi letupan kuat telah menggegarkan bandar Shenyang semalam sebelum api mula meletus seketika beberapa saat selepas itu.

Letupan itu dilaporkan telah berlaku berhampiran dengan beberapa blok menara perumahan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut media tempatan.

Insiden tersebut telah dilaporkan berlaku pada waktu sibuk di Daerah Tiexi, Shenyang, ibu kota wilayah Liaoning, lapor CCTV.

Kejadian itu tidak menyebabkan kerosakan kepada kemudahan awam atau menyebabkan gangguan pada bekalan tenaga elektrik, lapor Daily Mail.

Shenyang, sebuah bandar yang berkepadatan seramai 8 juta orang dan terletak di timur laut China, telah dilanda hujan lebat pada semalam.

Pada kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan, biro meteorologi bandar telah mengeluarkan amaran merah untuk hujan ribut, tahap paling tinggi dalam sistem amaran cuaca China.

Amaran itu diikuti oleh amaran berwarna oren, tahap kedua tertinggi, kira-kira 15 minit kemudian.

Sumber: Daily Mail, CGTN

The post (Video) Rakaman Menggerunkan Percikan Api ‘Gergasi’ Selepas Kilat Menyambar Penjana Kuasa Bervoltan Tinggi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments