(Video) Rakaman Cemas Bapa Kebimbangan Cuba Lindungi Anak Ketika Letupan Di Lubnan

letupan lubnan

Tular di media sosial rakaman detik seorang ayah cuba melindungi anaknya ketika letupan di Lubnan menggoncang bangunan dipercayai rumah mereka.

Dalam video tular, kelihatan lelaki itu bersama anaknya seakan terpinga-pinga apabila berlaku gegaran dipercayai di rumah mereka.

Lelaki berkenaan kemudiannya mendukung anak lelakinya dan tergesa-gesa mencari tempat perlindungan sebaik berlakunya letupan yang lebih besar.

Kedengaran suara cemas lelaki berkenaan bertakbir sambil membawa anaknya berlindung di bawah meja.

Letupan berhampiran pelabuhan Beirut, Lubnan semalam telah menyebabkan impak dan kerosakan terhadap bangunan sekitar sehingga sejauh 10 kilometer.

Tragedi yang dilaporkan berkemungkinan berpunca daripada kira-kira 2,750 tan ammonium nitrate yang disimpan di gedung pelabuhan itu juga dipercayai telah mengorbankan sekurang-kurangnya 73 mangsa setakat ini.

Menurut News.com, letupan itu dipercayai bermula daripada kebakaran yang berpunca daripada kerja-kerja pengimpalan di pelabuhan tersebut sebelum api merebak dan membakar bahan kimia yang disimpan berdekatan.

Sumber: Sanjana, News.com

The post (Video) Rakaman Cemas Bapa Kebimbangan Cuba Lindungi Anak Ketika Letupan Di Lubnan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments