(Video) “Papa Jangan Jadi Camtu, Kena Cakap Elok-Elok Dengan Anak, Dengan Bini…” Gelagat Anak Nasihat Ayah Masa Ulas Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ Bikin Gelak

Fenomena drama trending 7 Hari Mencintaiku II kini seakan ‘merasuk’ segenap penonton dan warga maya pada hari ini.

Tidak kurang pula, watak-watak ‘ekstrim’ seperti Mak Leha dan Nurul menambahkan lagi ‘rencah’ drama tersebut, hingga mendatangkan emosi para penonton.

Walaupun karakter kejam yang dibawakan watak-watak tersebut sangat menyakitkan hati, namun ia adalah bukti bahawa lakonan mereka menjadi dan pembawakan mesejnya sampai.

Ekoran itu, nilai emosi impak daripada drama tersebut terbawa-bawa hingga ke luar kaca televisyen, malah turut menjadi ‘buah mulut’ sebilangan masyarakat tentang unsur pengajaran kisah mereka tersebut.

Sementara itu, satu rakaman video yang dimuat naik oleh warga Twitter @kimie_23 ini begitu mencuit hati apabila si anak perempuan ini membuat ulasan tentang drama tersebut kepada ayahnya.

Yang paling tak boleh tahan, dia siap bagi amaran lagi kepada ayahnya. Jom tonton video ini.

Sumber: @kimie_23, @yusurisan

The post (Video) “Papa Jangan Jadi Camtu, Kena Cakap Elok-Elok Dengan Anak, Dengan Bini…” Gelagat Anak Nasihat Ayah Masa Ulas Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ Bikin Gelak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments