(Video) Nak Elak Kenderaan Lain Kemalangan, Wanita Ini Tabah Berdiri 7 Jam Di Lubang Saluran Air Ketika Banjir

Dalam satu video yang telah tular, seorang wanita warga emas dipuji oleh warganet kerana usaha beraninya yang membantu kenderaan yang melalui jalan di ibu kota India mengelak dari bahaya semasa hujan lebat, lapor Opindia.

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Kanta Murti itu mengambil pendekatan untuk berdiri di sebuah lubang saluran air yang dipercayai untuk mengelak sebarang bahaya akibat daripada kenaikan paras air pinggir bandar Matunga.

Wanita berusia 50 tahun itu terpaksa membuka lubang saluran air itu setelah menyedari kenaikan paras air yang telah melepasi paras bahaya bagi membiarkan air tersebut surut.

Pun begitu, dia telah berdiri selama tujuh jam untuk memberi amaran kepada penunggang dan pemandu kenderaan mengenai lubang saluran yang terbuka itu.

“Saya membuka lubang saluran air dan berdiri di situ untuk memberi amaran kepada kenderaan-kenderaan yang lalu lalang,” katanya.

Kanta dipercayai tinggal di tepi jalan dan menjual bunga untuk menampung pendidikan tiga orang anak perempuannya.

Sumber: Opindia

The post (Video) Nak Elak Kenderaan Lain Kemalangan, Wanita Ini Tabah Berdiri 7 Jam Di Lubang Saluran Air Ketika Banjir appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments